Sunday, 22 January 2017

Life Updates

Assalamualaikum.

Setahun tak menaip. Ya Allah rindu rasanya nak bebel panjang panjang. Ada tahun lepas dah siap nak mula cerita dah . Tajuk dia 'Eh dah 2016'. Tapi macam ehh? dah 2017 dah. So, post tu dah didraftkan.Salamelekom jelah

Alhamdulillah dah habis sekolah dan dah lepas exam SPM. Tapi........rindu sekolah. Serious siapa kata mengada memang budu tahap hagemaru. Come on man! I've been in school since standard 1 and now i'm not 'budak sekolah' lagi! Memang rindu lah. Dah kau hari hari ngadap cikgu , kengkawan , makcik kantin , koperasi and so on. Rindu nak belajar pun ye jugak. Nak tenung muka cikgu. Betul lah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah aku selalu cakap Form 5 is the best year and you gonna miss it. Allahu rindu gilaaaaaaaaaaaaaa. Masuk kelas lepak kejap pastu cikgu masuk mengajar pastu rehat pastu balik jalan kaki bersama member tercinta. Koyaknyaaaaaaaaaa >.<

Lepas habis exam ekonomi 30/11/2016 hidup aku memang berubah 360 darjah. Kawan kawan semua dah cari kerja dan ada yg dah start keje pun. Lepastu kau melangut tak tahu bila nak cari . Aku admit tempat tinggal aku memang strategik. Depan rumah brt cuma jalan kaki tak sampai 5 minit. Belakang rumah pyramid yg cuma amik masa 7 minit setengah untuk sampai ke destinasi. Cuma aku tak tahu apa yg aku nak jadi. Member rapat aku keje nya semua jauh nu. Ada yg kat subang parade , ada yg kat empire. diorang sekali dalam 2/3 orang kerja tempat sama. Aku??? Duk umah jaga mak aku jelah.

Mak aku pulak takda halangan. Dia tak kisah sama ada aku nak kerja atau tak. Ayah aku pulak aku tak pasti. Sebab aku belum pernah lagi tanya betul betul aku nak kerja. Mak ada tercakap depan ayah pasal kawan aku kerja. Tapi ayah macam diam. Diam tu mungkin dia tak kisah. Tapi buat masa sekarang tak de pulak dia kata "kakak boleh kerja" dan takde pulak dia kata "kakak tak boleh kerja".

Mungkin ayah lagi okay aku duduk rumah?? ... dan hampir sebulan aku tak keluar rumah . Sebulan beb atau lebih. Rasa macam lebih. Even pergi kedai pun tak weh! Sebab takde apa pun nak beli. Barang semua ada kat umah. Kalau gula ke apa habis adik lelaki aku yg pergi. Dia pakai seluar pendek had bawah lutut pun boleh je keluar. Aku ni? Nak kena tukar baju lengan panjang dulu , sarung sini situ. Tak .. aku bukan mengeluh untuk buat semua tu. Tapi adik aku pun memang offer diri untuk pergi. So aku duduk rumah je lah. Mak aku suh belajar masak. Tapi sampai harini aku tak tahu pun apa yg aku belajar. Rasa cam takde hahahahaha

Aku banyak habis masa layan korean drama , thai drama , pastu kalau nak feeling sikit aku tgk filem hindustan. Saje layan sejak dah banyak masa ni. Tapi antara drama or filem apa aapa keee.. Hindustan win ahhh. Sebab bab leleh air mata memang dorang win. Aku tak tahu idea apa dorang selit boleh menusuk ke dalam jiwa ni. Cuti ni aku dapat layan Mohabbatein , Dil Hai Tumharaa , Kabhi Kushi Kabhi Gham , Kuch Kuch Hota Hai , Muhjse Dosti Karoge and banyak lagi lah . Semua cerita lama and dah pernah tengok dulu masa zaman tak matang. And now bila aku tgk lagi sekali and tgk sengsorang baru aku dapat feel dia. Pastu mula la aku rasa cam APAHAL AKU TAK PERNAH TAHU CERITA NI BEST. Serious shit!
..
Kalau nak sweet sweet sikit aku tgk drama thailand. Kalau thailand ni dia lebih pada drama. Sebab pelakon filem dia sorang pun aku tak kenal. Drama dia best gila gila. Thailand ni lebih pada bersahaja .. Dia ada lawak , ada suspen sikit , pastu of course ada sweet sikit. And pelakon lelaki dia handsome teroxxx. Kalau korea aku suka tgk acting dorang sebab kelakar gak cara lontaran dialog tu hahahah. setakat ni kalau tgk kdrama aku akan tengok hero dgn heroin dia. kalau cam pernah tengok pelakon ni aku akan tgk. Depends ahh

NI APAHAL DAH MACAM JURI PULAK NI

Sementara nak menunggu result spm ni. Ada la jugak bincang bincang pasal nak masuk u mana amik course apa. Mak ayah aku suruh je mohon semua . Cth ; politeknik , kpm , uitm and form 6 also. Tapi form 6 takyah mohon just register je. Aku dah rancang sendiri. Kalau amik form 6 mesti duk rumah ni nanti kang tak belajar pulak sbb macam rileks sgt. kalau duk poli ke apa mesti jauh family. And aku rasa macam BOLEH KE AKU TAHAN??!!. ramai cakap form 6 susah la apa lah??? Masuk mana mana pun susah do. Dia cuma diri kau tu ! Nak belajar ke taknak belajar tu je. Course yg bakal aku amik mungkin Accountantcy?? tapi akaun banyak cabang kan. Aku ada la survey sengsorang. Tapi kalau tak dapat masuk mana mana masuk form 6 je lah... tapi takkan tak dapat memana enn (confident tu penting)

Mak aku ada la jugak bagi cadangan. Taknak jadi cikgu ke? Aku cam ???? Cikgu? Itu tak silap cita cita aku masa sekolah rendah. Tapi bila dah meningkat dewasa ni. Rasa macam tak kena je.. Cikgu biasanya disiplin pastu tak buat keja last minute, Aku ni clumsy , tak disiplin sgt, Boleh keeee??? Tapi Mak aku macam sgt mengharap hmmm kena minta petunjuk ni.

So setelah setahun lebih tak update ni.Ini lah hasilnya. Aku tak tahu apa aku nak cerita. Takpe nnt aku cerita lagi ok bye

Assalamualaikum.



Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP