Saturday, 11 July 2015

Semua Berubah

Assalamualaikum

ok. sekarang ni aku rasa sangatlah awkward bila dah lama tak menaip. last seen post aku 31 disember 2014. memang win lah last seen aku. Aku dah boleh dapat award blog paling kepam . serious

aku sebenarnya takde ape yang nak cerita tapi aku cuba ye. lek kawan kawan

how time flies. aku dah 16 tahun (bulan depan) . everthing changes so fast. berubahnya dari banyak benda. dalam pelajaran tu alhamdulillah makin bertambah baik dan aku harapkan sentiasa dalam keadaan baik. dulu masa form 3 belajar hancus sikit. form 4 ni, aku amik account. kira account student. so far, belajar account okay. tapi yang peliknya subject lain pulak yg terlepas pandang. kejap eh aku post saps punya result.

disebabkan blog aku tak ramai sangat readers , *memang takde pun* aku pun dengan berani tunjuk result aku. nampak tak? betapa bebalnya aku. agama pun C . entah kenapa bila agama dapat b or c aku rasa sedih. dia macam rasa mencucuk cucuk kat dada ni. nak kata susah tu takde , aku time exam jawab okay. tapi cara jawab salah. banyak gila ustazah tinggalkan dakwat pen merah dia kat paper aku. format pun aku tak berapa tahu sangat. tu yang hancur.

Math pulak. aku tak suka betul bab penakulan. pastu banyak pulak masuk bab tu. bab 5 kecurunan tu pun aku tak mahir. addmath takyah cite lah memang ranap habis. 

tapi alhamdulillah ada juga cikgu yang bagi semangat padu kat kiteorang semua. dia kata memang kalau baru-baru lagi payah sikit nak skor. sebab format lain dari form 3 . termasuk lah sejarah. seb baik ada peningkatan. Alhamdulillah

apa lagi yang berubah ? hmmm kalau nak cerita pasal diri sendiri macam takde ape yg menarik. cehhhh. aku rasa sekarang makin boleh berfikiran matang and dah tak banyak persoalkan benda remeh temeh. macam dulu, benda sekecik kecik zarah pun aku nak tahu apa sebabnya. sekarang boleh fikir sendiri.

haaaaa! blog aku pun dah berubah. aku edit dengan sesimple-simplenya! alah tu pun sebab ada free template yg aku rasa cam sejuk mata memandang dan terus laju tangan ni download. kalau nak follow ke, baca post lepas ke semua kat bawah sekali. scroll tau. taknakpun takpe tak paksa.

ok lah rasa macam dah cukup panjang kot. bye assalamualaikum

0 comments:

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP