Tuesday, 21 July 2015

Raya raya raya

Assalamualaikum geng!

dah pukul 12.00 pagi, aku tengah cari idea nak cerita pasal apa. sebenarnya rasa malas nak update tapi rasa macam bosan tak tahu nak buat apa.

harini raya kelima. maksudnya apa? maksudnya esok sekolah. huhuhu. semangat aku nak sekolah serta merta hilang sebab fikir nak raya.

raya tahun ni balik kampung belah ayah aku dulu. dekat Sawah Sempadan, Tanjung Karang. aku tak kesah pun raya mana mana asalkan KAMPUNG! syukur aku dikurniakan kedua ibu bapa yang selalu ajar anak anak dia supaya adil dalam buat keputusan. so , puasa ke 28 sampai raya pertama dekat sawah , raya pertama petang sampai raya ketiga malam dekat kampung kebun(belah mak). 3 hari sawah , 3 hari kebun. adil dan saksama .

sebenarnya kiteorg raya gilir gilir tiap tahun. samalah macam orang lain.

paling lemah time nak beraya dengan atuk nenek mak ayah abang adik semua. time tu lemah sebab air mata ni hmmm jangan kata la lajunya macam mana. Tapi, tahun ni entah kekuatan dari mana aku dapat(semestinya Allah) tak nangis cuma air mata bertakung. dekat mak ayah dgn atuk nenek memang panjang berjela nak minta maaf. Dengan abang abang aku just cakap "Selamat Hari Raya, minta maaf kalau ada buat salah" and they replied the same thing.

Korang tak perasan ke? Masa kecik cinonet dulu pergi rumah orang nak kejar duit raya. Tapi bila dah besar gedabak ni pergi rumah orang kejar nak makan je. Masuk je pintu rumah salam mokcik pokcik , sengih sengih sambil tersipu malu sikit pastu terus capai pinggan cedok nasi impit, rendang, kuah kacang segala tok nenek semua penuh dalam pinggan. belum kira kuih raya lagi.Tuan rumah sengih macam kerang busuk. Tak tahu apa yang diorang fikirkan. Harap yang baik baik lah. Eh , okay apa kita habiskan makanan yang dia hidang sekurang kurangnya tak lah membazir kalau banyak. Tapi yang pastinya  tuan umah mesti cam "eh buat je macam rumah sendiri". apa lagi SERANG!!!

bila dah macam macam masuk perut, time nak membuang tu yang payah. dah puasa 30 hari, perut macam terkejut masuk banyak sangat,lepastu...... hmmmm beratur lah kau depan pintu jamban. siapa cicir awal nasib, ikut turn lah. kalau rasa masa meneran tu tak kluar jugak bagi can member kat luar yang dah ada bentuk tu masuk. kite kena ade sifat toleransi sikit bro. syukur aku masuk jamban time malam. takde sape nak memekak duk luar suruh cepat. tapi ada sebenarnya , hihi Mak aku suruh cepat sebab dia penat teman.

dah besar ni lain sikit, rumah yang kiteorang raya tak banyak sangat. dalam 3 buah rumah je. tapi ketiga tiga buah rumah tu jugak aku mencekik. lepas balik beraya apalagi kite pun du du du du dush*soundeffect berlari* ....bummmmmm*soundeffect mendarat atas katil*. buat taik mata lah. hahah. orang datang raya pun tak heran dah. Tapi bestnya nenek atuk tak marah kihkihkih

disebabkan bunyi bising gelak tawa saudara mara yang diorang sendiri tak tahu pun apa yang diorang gelak kan. tapi bila sorang gelak semua berjangkit. itu normal. aku pun terjaga dari mimpi ku. dengan cuaca yang memang tak mengizin kan aku tidur. bangun lah gerak dapur, tengok jam kat dapur. perghh tak sampai satu jam aku tidur. pecah rekod boleh tidur dalam waktu sesingkat itu. masuk dapur buat apa? cari makanan la.

tak lama lepastu adik beradik semua lepak bilik. pe lagi kalau bukan selfie. mula mula aku berselfie dengan hanim*cousin* pastu abg abg masuk. aku amik phone ayah selfie banyak banyak.Disebabkan data connection berperangai seperti hidup segan mati tak mahu,jadi perkhidmatan bluetooth amat diperlukan
untuk menghantar gambar dari satu phone ke phone yang lain hihihihihihihihihihihi

okayy sekarang ni aku nak tanya, kalau orang yang kau jarang gila jumpa lepastu kau dalam samar-samar nak ingatkan muka dia. dia datang dengan kecohnya, pastu kau akan menggelupur berlari menyorok dapur. itu lah yang aku buat. pakcik tu dia datang sorang terus masuk dapur. then, boleh pulak dia perasan yang kau menyorok taknak jumpa dia. hahah

"woi kak, kau menyorok ye jumpa aku"cik alan
"haa menggelupur, ni cik alan lah" mak

"cik alan mana tak ingat" aku
"dah 10 tahun tak jumpa ko, dulu kecik kecik acik selalu jumpa... bla bbla bla" cik alan

pastu dalam beberapa minit tu ada lah ingat ingat sikit sebab muka dia cam familiar sikit pastu aku tanya dia ni ke pakcik yang selalu lepak dengan aku kat pangkin bla bla bla semua. pastu mesra dah dia tanya itu ini, kacau kacau sikit. dia makan pastu aku jamah dia air apa semua pastu balik la. banyak betul 'pastu'

rasa rasa macam entry ni lah yang terpanjang selama aku berblog.excited mungkin.hihi , akhir kata . Selamat Hari Raya semua. minta maaf kalau penulisan aku ada yang menyakiti. takde niat langsung nak menyakiti hati korang. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari aku.

Assalamualaikum

*aku hidangkan korang dengan gambar yang kiut miut okay?*

 tudung coklat tu aku.
 pipi pau
 tudung biru tu hanim




 gelak aku tgk muka abang aku haha

 kerut habis

 wet rayaaa!
member sebelah sarung wedges
tak tinggi pun sebenarnya.
sempitnyaaaa
 luas cikittt



nenekku meah :*

gambar family takdo :"(





0 comments:

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP