Monday, 29 December 2014

Risau

Assalamualaikum.

macam dah boleh target je ape yg aku risaukan kan? aduhmak result PT3 aku hancur. habis impian yang selama ini aku impikan berderai bak kaca terhempas ke lantai. sains aku drop pulak! teringin gak nak masuk kelas sains tapi fikir balik takyah la kot. kalau awal awal sains dah hancur kau belajar fizik kimia bio semua tu memang barai habis.

aku dapat kelas sastera yang akaun semua tu. kira okay juga la sebab memang tu pun aku nak. dengan adanya mak yang sentiasa bagi semangat padu dekat aku buat aku rasa tak sedih sangat bila sains aku drop. hehehe nak nak pulak aku ni the only daughter. tempat aku nak mengadu , bercerita semua dengan mak.

banyak juga aku risau sebenarnya. makin dewasa ni makin banyak kena fikir. eceh mak siap cakap kat aku gini

"tak sangka tahun depan dah 16 tahun"

kalau mak tak sangka kakak lagi lah tak sangka. tak sangka jugak dah 3 tahun aku belajar dekat SMKBS tu . takut juga nak jadi dewasa.

selain dari risau belajar , aku juga ada risau yang lain ni. aku risau ni, sampai sekarang tak pandai pandai masak lagi. macam mana nak pandai kalau jarang masuk dapur. macam contoh la kan, aku tahu bahan bahan nak masak kari tapi tak tahu nak masak nya macam mana. memang kena tumis semua tu kan? habis nak masukkan santan semua tu bila pulak? kena ikut turutan ke? cik puan azlina bukan boleh diganggu bila tgh kelentung kelentang dalam dapur. sepatah kite tanya sepatah juga la dia jawab. sebab dia suruh kite berfikir dulu sebelum bertanya. hahaha amik kau. pastu aku selalu confius bab garam n gula. kena masuk gula ke ek? macam mana nak agak pulak? banyak benda aku fikir. jadi memandangkan remaja macam kite ni tak boleh pressure sangat , aku tekad jauhkan diri dari dapur. kahkahkah


itu satu kerisauan yang tak dapat dielakkan . orang cakap 

"orang perempuan kena pandai masak, nanti takde laki nak"

ohhh tapi buat masa ni aku tak terfikir pasal laki semua ni. boleh tak kalau aku besar nanti aku takyah kawin pastu duduk dengan mak ayah sampai bila bila? kalau ade orang masuk meminang ke tolak je. boleh ke gitu? soalan macam tu aku pernah aku sembangkan dekat mak. Mak siap bagi jelingan maut kat aku sambil kata 

"jangan cakap macam tu , ntah ntah kau yang kawin dulu dari abang abang"

hahahaha kecut perut aku dengaq nya. tapi kan, yang paling aku tak boleh nak elak bila kena perli dengan bapak aku. nak nak pula bapak aku ni boleh tahan bengis juga muka nya.*aku je yg tak takut*
bapak aku cukup pantang kalau aku malas nak masuk dapur. selalunya dia suruh aku goreng goreng je. hahaha siap cakap lagi

"kak kau pergi goreng ikan tu, apa malas sangat nak masuk dapur tu?!"

okay. mengikut arahan. tapi goreng goreng je lerrrww. jadi sesiapa yang baca entry ni kalau tak pandai pandai masak juga sebab kau malas masuk dapur! hahaha takpe , kite geng.

muka risau
thanks sudi baca :)

0 comments:

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP