Wednesday, 31 December 2014

goodbye classmate 2014

Assalamualaikum.

dari lubuk hati aku yang paling dalam dan dari jiwa yang sekarang tenang , aku rasa berat sangat sangat nak tinggalkan classmate 2014 ni. Antara classmate yang paling best. paling gila-gila , paling sporting habis.

yelah sebab semua satu kepala. jenis yang tak suka cakap cakap belakang , jenis yang tak suka nak bajet bajet cun dan alhamdulillah jenis yang bukan bajet hot setaff kejadah semua tu. sebab semua low profile. takde nak over sgt, takde yang pemalu sangat.

lebih dari 36 orang. pakai agak je. semua ada perangai masing masing. YA ALLAH tak boleh bayang tahun depan cemana . kelas paling aku sayang gila kelas 3 BESTARI. seb baik ade buat t-shirt kelas. boleh la jadi kenangan. tahun depan semua lain lain kelas dah. tahun depan dah 16 , jadi matang ye kawan kawan.

rasa geli geli je tangan nak tukar umur kite dekat bio blogger tepi ni. hehehe

macam macam ragam aku rindu. paling aku rindu sekali nak nyanyi dalam kelas .

rindu nak tgk ikhwan main bar
rindu nak dengar gelak tawa geng HURU HARA
rindu nak main bola dalam kelas. *kertas balut dengan seletape*
rindu nak main badminton dalam kelas *kertas balut seletape juga*
rindu nak nyanyi lagu boboiboy
rindu nak nyanyi lagu jiwang karat tahun 90an
rindu nak main kejar kejar dengan asma
rindu nak dengar fina menyembang
rindu nak dengar sha buat lawak cirit
rindu nak dengar lawak jamban caira
rindu nak main cuit cuit leher dengan wada
rindu nak sepak sepak dengan abil
rindu nak dengar allysha marah
rindu nak tengok naju nangis
rindu aizat and the gang ejek aku KEPAM
rindu nasrullah as ketua kelas
rindu iqbal yang tak henti henti nak jaga penampilannya
rindu zakwan yang mulut manis
rindu sab yang diam diam ubi berisi
rindu aina yang suka cari pasal hahahaha
rindu atikah and her gang.
rindu fahmi yang jiwang karat
RINDU SEMUANYA :(

sebab geng geng yang sporting habis ni. aku berani makan dalam kelas. aku berani tidur dalam kelas hahahah tapi certain subjek je lah. tu pun time cikgu ada hal. kira aku ni pelajar baik la.

Bestarian

The HURU HARA

candid. teka muka siapa paling kusyuk

ya allah ubatkan rindu yang satu ini :')

thanks sudi baca :).

Monday, 29 December 2014

Risau

Assalamualaikum.

macam dah boleh target je ape yg aku risaukan kan? aduhmak result PT3 aku hancur. habis impian yang selama ini aku impikan berderai bak kaca terhempas ke lantai. sains aku drop pulak! teringin gak nak masuk kelas sains tapi fikir balik takyah la kot. kalau awal awal sains dah hancur kau belajar fizik kimia bio semua tu memang barai habis.

aku dapat kelas sastera yang akaun semua tu. kira okay juga la sebab memang tu pun aku nak. dengan adanya mak yang sentiasa bagi semangat padu dekat aku buat aku rasa tak sedih sangat bila sains aku drop. hehehe nak nak pulak aku ni the only daughter. tempat aku nak mengadu , bercerita semua dengan mak.

banyak juga aku risau sebenarnya. makin dewasa ni makin banyak kena fikir. eceh mak siap cakap kat aku gini

"tak sangka tahun depan dah 16 tahun"

kalau mak tak sangka kakak lagi lah tak sangka. tak sangka jugak dah 3 tahun aku belajar dekat SMKBS tu . takut juga nak jadi dewasa.

selain dari risau belajar , aku juga ada risau yang lain ni. aku risau ni, sampai sekarang tak pandai pandai masak lagi. macam mana nak pandai kalau jarang masuk dapur. macam contoh la kan, aku tahu bahan bahan nak masak kari tapi tak tahu nak masak nya macam mana. memang kena tumis semua tu kan? habis nak masukkan santan semua tu bila pulak? kena ikut turutan ke? cik puan azlina bukan boleh diganggu bila tgh kelentung kelentang dalam dapur. sepatah kite tanya sepatah juga la dia jawab. sebab dia suruh kite berfikir dulu sebelum bertanya. hahaha amik kau. pastu aku selalu confius bab garam n gula. kena masuk gula ke ek? macam mana nak agak pulak? banyak benda aku fikir. jadi memandangkan remaja macam kite ni tak boleh pressure sangat , aku tekad jauhkan diri dari dapur. kahkahkah


itu satu kerisauan yang tak dapat dielakkan . orang cakap 

"orang perempuan kena pandai masak, nanti takde laki nak"

ohhh tapi buat masa ni aku tak terfikir pasal laki semua ni. boleh tak kalau aku besar nanti aku takyah kawin pastu duduk dengan mak ayah sampai bila bila? kalau ade orang masuk meminang ke tolak je. boleh ke gitu? soalan macam tu aku pernah aku sembangkan dekat mak. Mak siap bagi jelingan maut kat aku sambil kata 

"jangan cakap macam tu , ntah ntah kau yang kawin dulu dari abang abang"

hahahaha kecut perut aku dengaq nya. tapi kan, yang paling aku tak boleh nak elak bila kena perli dengan bapak aku. nak nak pula bapak aku ni boleh tahan bengis juga muka nya.*aku je yg tak takut*
bapak aku cukup pantang kalau aku malas nak masuk dapur. selalunya dia suruh aku goreng goreng je. hahaha siap cakap lagi

"kak kau pergi goreng ikan tu, apa malas sangat nak masuk dapur tu?!"

okay. mengikut arahan. tapi goreng goreng je lerrrww. jadi sesiapa yang baca entry ni kalau tak pandai pandai masak juga sebab kau malas masuk dapur! hahaha takpe , kite geng.

muka risau
thanks sudi baca :)

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP