Friday, 18 April 2014

Husna dan Affan

Assalamualaikum.

orang kata. kalau nak faham suatu cerita tu, kena baca dari awal sampai habis. kalau kau rasa nak fahamkan cerita ni kau baca sampai habis! faham?


"Seorang budak lelaki dalam lingkungan 11 tahun sedang mengayuh basikal di taman. mankala dalam masa yang sama , seorang budak perempuan kecil comel berumur 9 tahun bersiar siar di taman bersama ayahnya. itu lah Affan dan Husna. nak dijadikan cerita, Affan terlanggar Husna. Husna jatuh, luka. Affan bantu. ayah Husna tak perasan sebab sibuk main henpon. Affan takut ayah Husna marah. Affan pun lari.Dia tak tahu yang dia tercicir sesuatu. Gambar. Husna ambil gambar tu. Husna tenung... lamaaa. lepastu dia simpan. Husna balik dengan ayahnya.

Ok

15 Tahun kemudian..

Mak Husna buat keputusan nak kawinkan Husna dengan anak kawannya.Dalam kamus hidup Husna, dia tak pernah membantah apa yang umi dan ayahnya suruh. Mak Husna bagi gambar lelaki tu. Husna tenung gambar tu.. Husna tak kenal lelaki tu. tapi hensem jugaklah, katanya dalam hati.Husna pun setuju.
.......

"Mak nak Affan kawin dengan pilihan mak.boleh?" Affan tak setuju. Mak Affan pun bagi gambar. Affan tenung gambar tu. Affan dah rasa suka bila tengok gambar gadis comel tu. Mak Affan kata gadis tu lemah lembut. baik. cukup didikan agama. sama macam Affan juga. Affan pun setuju.
......
Affan tak tahu yang dia kena kawin dengan Husna yang pernah dia langgar dulu.
Husna tak tahu yang dia kena kawin dengan Affan yang pernah buat dia jatuh dulu.
.....

Semua dalam perancangan perkahwinan. Seminggu sebelum bernikah, Affan mimpi budak perempuan yang dia langgar 15 tahun dulu. Affan terkejut. Ada kena mengena dengan Husna ke? tanya dalam hati.
.......
Affan dan Husna selamat diijabkabulkan.
---
Masing-masing belum mengungkapkan kata cinta. malu satu. ego pun satu. sebab? terpaksa. Husna dan Affan jalan kan rutin harian seperti biasa. pergi kerja. balik kerja. tapi masing masing jarang bertegur. Ada satu hari tu, Husna pergi taman yang pernah dia pergi masa umurnya 9 tahun dulu. Dalam masa yang sama , Affan pun pergi juga. 
.......
Diorang terserempak. Affan ajak Husna duduk. Husna dan Affan pun bercerita di taman tu. Itulah kali pertama diorang duduk berdua duaan. Affan cakap "Dulu, abang pernah terlanggar budak perempuan masa tengah main basikal. dekat situ haaa *affan tunjuk tempat kejadian*". Husna terkejut. Husna tanya "lepastu abang buat apa?" Affan kata , "abang tolong dia lepastu abang lari sebab takut ayah dia nampak" Husna senyum.
........
Husna mengambil dompet dia dalam beg nya dan mengeluarkan sekeping gambar yang bertahun dia simpan. Husna memberikan gambar tu pada Affan.Affan terkejut."Siapa ni Una?" sengaja bertanya. Husna jawab "First love Una. Budak ni la yang langgar Una." Affan ketawa. Husna senyum bahagia. Mereka meluahkan rasa yang tak pernah mereka luahkan. Mereka pulang dengan berpimpin tangan.
........

Sejak dari tu. Affan mula sedar yang Husna dengannya mempunyai jodoh yang kuat. Mereka meneruskan kehidupan seperti suami isteri yang sebenarnya. Tak macam dulu. 
........
Husna dan Affan hidup bahagia."

0 comments:

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP