Saturday, 1 March 2014

mimpi.

Assalamualaikum

kata orang mimpi tu mainan tidur~

"kau tak payah nak risau sangat, mimpi tu mainan tidur."


semenjak dua menjak ni. selalu mimpi benda yang tak tercapai dek akal. susah nak didefinisikan mimpi tu. tak tahu. mimpi ni petanda baik ke buruk.
okay. macam ni lah~

bayangkan~ kalau kau mimpi orang yang kau kenal tapi kau tak pernah langsung terfikir nak mimpi kan dia. gila kan? macam tu la yang aku kena. 'orang' tu ialah seorang LELAKI. kalau aku boleh kira setiap minggu dua atau tiga hari aku akan mimpikan dia.

bangun dari tidur. cuba nak ingatkan apa yang aku mimpi malam tadi. bila dah dapat ingat. rasa terkejut, terkesima dan sebagainya~

"kalau kita mimpi seseorang bermakna dia rindu kita"

nak rindu apanya? aku tak pernah terfikir langsung pasal dia.. macam mana dia yang boleh muncul. kalau sekali sekala takpe. ni selalu. kerap. sampai..makin lama aku dah jadi suka. dulu bila mimpikan 'dia' mesti terkejut . sekarang, bila aku mimpikan 'dia' bangun tidur je senyum sorang sorang. hahaha

mana tak senyum. kalau setiap kali mimpi. watak dia dalam mimpi tu buat aku rasa jatuh hati. bayngkan.. dia baik, suka tolong orang, berbudi bahasa.. dan kalau nak tahu realitinya pun perangai dia memang macam tu.

aku tak tahu macam mana nak elakkan dari mimpi ni. hahahahahahahaha. susah tau. setiap kali mimpi tu, situasi nya berbeza..

tapi.. sampai bila?

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP