Wednesday, 19 February 2014

Selalulah Berangan angan!

Assalamualaikum..

selalulah berangan-angan...

''ke arah satu perjalanan, 

dalam sebuah kehidupan,
demi untuk mengecapi, 
hasrat murni di dalam hati.

usaha dengan doa,
masanya akan tiba..
dengan restu ilahi
kelak pasti akan ditemui.''


aku selalu berangan angan.. sampai terkadang angan-angan tu melampaui kemampuan diri.. haha kelakar kan? tapi tu la..ustazah cakap tak salah berangan-angan. tapi angan angan yang membina!
bila aku tengok anak anak kawan mak aku. semua bijak pandai. dulu.. mak aku MRSM Taiping. sekarang.. bila dah  ada anak, selalu bercerita pasal anak masing-masing. sampai aku jadi malu. kenapa aku tak pandai macam diorang?

ada sorang kawan mak aku tu. form 5 .. dia ada buat buku. buku bahasa inggeris. "The Prisoner of Sorrow". cara penulisan dia senang nak faham.. jalan cerita best. walaupun sebenarnya aku takde la pandai sangat dalam bi ni. tapi bila baca buku dia, aku faham. best! mesti mak dia bangga dengan dia . tak macam aku.
hmm

rata-rata anak mereka semuanya berpelajaran tinggi. tapi diorang semua tknak menunjukkan diri. susah betul nak jumpa.ahhh nak sangat jadi anak yang macam diorang. anak yang membanggakan.. anak yang menggembirakan..

syukur aku selalu diceritakan dengan cerita-cerita yang boleh menginsafkan dari mak. tak tahulah sekarang selalu dikelilingi dengan orang orang yang baik baik. orang  yang suka menasihati..pengajaran tu betul betul depan mata. lagi seronok bila tengok kawan kawan aku semuanya dah berubah ke arah yang lebih baik.

 ''Apabila dia mendikatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekatiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP