Wednesday, 31 December 2014

goodbye classmate 2014

Assalamualaikum.

dari lubuk hati aku yang paling dalam dan dari jiwa yang sekarang tenang , aku rasa berat sangat sangat nak tinggalkan classmate 2014 ni. Antara classmate yang paling best. paling gila-gila , paling sporting habis.

yelah sebab semua satu kepala. jenis yang tak suka cakap cakap belakang , jenis yang tak suka nak bajet bajet cun dan alhamdulillah jenis yang bukan bajet hot setaff kejadah semua tu. sebab semua low profile. takde nak over sgt, takde yang pemalu sangat.

lebih dari 36 orang. pakai agak je. semua ada perangai masing masing. YA ALLAH tak boleh bayang tahun depan cemana . kelas paling aku sayang gila kelas 3 BESTARI. seb baik ade buat t-shirt kelas. boleh la jadi kenangan. tahun depan semua lain lain kelas dah. tahun depan dah 16 , jadi matang ye kawan kawan.

rasa geli geli je tangan nak tukar umur kite dekat bio blogger tepi ni. hehehe

macam macam ragam aku rindu. paling aku rindu sekali nak nyanyi dalam kelas .

rindu nak tgk ikhwan main bar
rindu nak dengar gelak tawa geng HURU HARA
rindu nak main bola dalam kelas. *kertas balut dengan seletape*
rindu nak main badminton dalam kelas *kertas balut seletape juga*
rindu nak nyanyi lagu boboiboy
rindu nak nyanyi lagu jiwang karat tahun 90an
rindu nak main kejar kejar dengan asma
rindu nak dengar fina menyembang
rindu nak dengar sha buat lawak cirit
rindu nak dengar lawak jamban caira
rindu nak main cuit cuit leher dengan wada
rindu nak sepak sepak dengan abil
rindu nak dengar allysha marah
rindu nak tengok naju nangis
rindu aizat and the gang ejek aku KEPAM
rindu nasrullah as ketua kelas
rindu iqbal yang tak henti henti nak jaga penampilannya
rindu zakwan yang mulut manis
rindu sab yang diam diam ubi berisi
rindu aina yang suka cari pasal hahahaha
rindu atikah and her gang.
rindu fahmi yang jiwang karat
RINDU SEMUANYA :(

sebab geng geng yang sporting habis ni. aku berani makan dalam kelas. aku berani tidur dalam kelas hahahah tapi certain subjek je lah. tu pun time cikgu ada hal. kira aku ni pelajar baik la.

Bestarian

The HURU HARA

candid. teka muka siapa paling kusyuk

ya allah ubatkan rindu yang satu ini :')

thanks sudi baca :).

Monday, 29 December 2014

Risau

Assalamualaikum.

macam dah boleh target je ape yg aku risaukan kan? aduhmak result PT3 aku hancur. habis impian yang selama ini aku impikan berderai bak kaca terhempas ke lantai. sains aku drop pulak! teringin gak nak masuk kelas sains tapi fikir balik takyah la kot. kalau awal awal sains dah hancur kau belajar fizik kimia bio semua tu memang barai habis.

aku dapat kelas sastera yang akaun semua tu. kira okay juga la sebab memang tu pun aku nak. dengan adanya mak yang sentiasa bagi semangat padu dekat aku buat aku rasa tak sedih sangat bila sains aku drop. hehehe nak nak pulak aku ni the only daughter. tempat aku nak mengadu , bercerita semua dengan mak.

banyak juga aku risau sebenarnya. makin dewasa ni makin banyak kena fikir. eceh mak siap cakap kat aku gini

"tak sangka tahun depan dah 16 tahun"

kalau mak tak sangka kakak lagi lah tak sangka. tak sangka jugak dah 3 tahun aku belajar dekat SMKBS tu . takut juga nak jadi dewasa.

selain dari risau belajar , aku juga ada risau yang lain ni. aku risau ni, sampai sekarang tak pandai pandai masak lagi. macam mana nak pandai kalau jarang masuk dapur. macam contoh la kan, aku tahu bahan bahan nak masak kari tapi tak tahu nak masak nya macam mana. memang kena tumis semua tu kan? habis nak masukkan santan semua tu bila pulak? kena ikut turutan ke? cik puan azlina bukan boleh diganggu bila tgh kelentung kelentang dalam dapur. sepatah kite tanya sepatah juga la dia jawab. sebab dia suruh kite berfikir dulu sebelum bertanya. hahaha amik kau. pastu aku selalu confius bab garam n gula. kena masuk gula ke ek? macam mana nak agak pulak? banyak benda aku fikir. jadi memandangkan remaja macam kite ni tak boleh pressure sangat , aku tekad jauhkan diri dari dapur. kahkahkah


itu satu kerisauan yang tak dapat dielakkan . orang cakap 

"orang perempuan kena pandai masak, nanti takde laki nak"

ohhh tapi buat masa ni aku tak terfikir pasal laki semua ni. boleh tak kalau aku besar nanti aku takyah kawin pastu duduk dengan mak ayah sampai bila bila? kalau ade orang masuk meminang ke tolak je. boleh ke gitu? soalan macam tu aku pernah aku sembangkan dekat mak. Mak siap bagi jelingan maut kat aku sambil kata 

"jangan cakap macam tu , ntah ntah kau yang kawin dulu dari abang abang"

hahahaha kecut perut aku dengaq nya. tapi kan, yang paling aku tak boleh nak elak bila kena perli dengan bapak aku. nak nak pula bapak aku ni boleh tahan bengis juga muka nya.*aku je yg tak takut*
bapak aku cukup pantang kalau aku malas nak masuk dapur. selalunya dia suruh aku goreng goreng je. hahaha siap cakap lagi

"kak kau pergi goreng ikan tu, apa malas sangat nak masuk dapur tu?!"

okay. mengikut arahan. tapi goreng goreng je lerrrww. jadi sesiapa yang baca entry ni kalau tak pandai pandai masak juga sebab kau malas masuk dapur! hahaha takpe , kite geng.

muka risau
thanks sudi baca :)

Sunday, 16 November 2014

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum

Jumaat lepas dapat tahu markah pt3. tapi tak tahu gred lagi and ada juga sekolah yang cikgu dia tak bagi pelajar dia tengok markah sebab dah cuti awal kan ~ berdebar sangat masa nak tahu tu . aku takut je apa yang aku dapat tak sama dengan apa yang aku target.

Tapikan. apa yang aku dapat memang mengejutkan aku . Ya Allah Terima Kasih ! >.< ala sebelum ni aku target pun macam tak confident sangat. markah aku best jugak la didengar hahahahh

BM- 83%
BI- pentaksir bagi 65% . cikgu bagi 74% . tak tahu markah mana yg betul hmmm
MT- 50%
SC-
AG- 81%
KH- belum dapat tahu.

SJ-A
GEO-A
*sj and geo sebab dah buat kerja kursus. kira itu lah result kite untuk pt3*

bila dapat tahu markah Math memang aku terkejut beruk! sebab aku tak expect langsung akan dapat markah tu. aku target dalam 40 ke bawah. KE BAWAH tau! masa aku jawab tu pun aku doa doa je harap betul . and alhamdulillah sangat. dapat markah SAINS aku cam okay la kot , sebab soalan dia !! nak terberak aku jawab. susah kot. cikgu sains pun cakap susah

apa yang aku harap gred turun . Amiin

Thursday, 13 November 2014

Mengimbau kenangan lalu!

Masa lalu tu mengajar kita untuk lebih hargai masa. Macam aku jugak! Dulu masa aku sekolah rendah aku tak tahu macam mana nak hargai masa. Masa happy dengan kawan kawan. Sedar tak sedar aku dah 15 tahun pun!

Aku ingat lagi masa sekolah rendah aku ada group sendiri. Hahaha. Sekarang pun ada sebenarnya xD. Dulu nama group aku F.M.A.T.H.S emmm unikkan? aduhhh rindunyaa

comel kan? 

Aku ingat lagi masa aku darjah 6, sekolah ada la buat aktiviti untuk pelajar lepas UPSR. Pertandingan Aerobik tak silap aku. kena buat satu group and menari atas pentas. hahaha gila rare siot! aku ni pemalu nak naik pentas apatah lagi menari. Tapi! disebabkan aku dengan kawan kawan kira "senior", yang buat aku rasa berani sikit. Sebab paling tak pun yang tengok kiteorang menari tu adik adik bukan abang kakak. hahahah

satu group ramai gila . dalam 10 orang kot.

3 kumpulan gabung.

 kiteorang dapat no.3

walaupun tak dapat first place, aku sikit pun takde rasa sedih masatu. Sebab kite semua menari tu untuk suka suka. tapi adat la kan kalau dalam pertandingan mesti ada yang juara semua tu. tapi serious kenangan ni aku tak pernah lupa.

BINTANG!

lepas habis pertandingan aerobik tu , semua macam malas nak balik rumah dulu. hahaha lepak rumah Hana . walaupun ramai tak dapat join rombongan ke rumah Hana ni , tapi gembira nya sampai tak ingat langsung nak balik rumah. tapi satu spoil! Ain pakai kain. tak cantik sangat star tu. 

Selain dari pertandingan aerobik ni. aku juga tak boleh lupa masa sambut raya kat sekolah. perghh semua pakat pakat pakai baju lawo lawo. tudung lilit lilit. tapi masatu aku ni buta pesyen sikit. bukan sikit tapi banyak! aku pakai tudung sarung n baju kurung bungan kecik kecik. masatu aku rasa aku lah paling comel! Ya Allah hahahahahaha

yang ni je aku jumpa. gambar lain aku pulun cari tak jumpa.

korang tahu? betapa susah nya aku nak cari gambar gambar ni semua. sebab kerinduan yang kian menebal ni la bagi aku semangat nak cari . termasuklah stalk fb Ain , Min , Farizan , Aishah. gigihnya aku. jumpa jugak alhamdulillah :)

lagisatu, masa aku sekolah rendah. aku asyik fikir je bila la nak masuk sekolah menengah . Tapi, bila dah jadi budak sekolah menengah. aduhh rindunya sekolah rendah dulu. ruginya tak gunakan masa tu dengan baik. 


Saturday, 4 October 2014

Takde point langsung!

Assalamualaikum..

kawan sekolah tanya ..
"kau tak reti-reti nak update blog ke ?"
pastu kite tanya dia balik..
"eh?aku ada blog ke?"
dia..
"hahaha.. lawak sangat! gampang"

kau tengok ? dia gampang gampang kan aku. tapi untuk pengetahuan korang, gampang tu bukan nya mencarut mahupun kata kata kesat.. cuma, memang geng geng aku suka sangat sebut "gampang" .. ntah suka pulak dengar perkataan tu. macam sweet je bila kawan sendiri panggil kite "gampang"..

okay lepas ni insyaallah aku selalu update. 6 bulan tinggalkan blog. ok aku tak tahu nak cite apa. ok bye :(

Friday, 18 April 2014

Husna dan Affan

Assalamualaikum.

orang kata. kalau nak faham suatu cerita tu, kena baca dari awal sampai habis. kalau kau rasa nak fahamkan cerita ni kau baca sampai habis! faham?


"Seorang budak lelaki dalam lingkungan 11 tahun sedang mengayuh basikal di taman. mankala dalam masa yang sama , seorang budak perempuan kecil comel berumur 9 tahun bersiar siar di taman bersama ayahnya. itu lah Affan dan Husna. nak dijadikan cerita, Affan terlanggar Husna. Husna jatuh, luka. Affan bantu. ayah Husna tak perasan sebab sibuk main henpon. Affan takut ayah Husna marah. Affan pun lari.Dia tak tahu yang dia tercicir sesuatu. Gambar. Husna ambil gambar tu. Husna tenung... lamaaa. lepastu dia simpan. Husna balik dengan ayahnya.

Ok

15 Tahun kemudian..

Mak Husna buat keputusan nak kawinkan Husna dengan anak kawannya.Dalam kamus hidup Husna, dia tak pernah membantah apa yang umi dan ayahnya suruh. Mak Husna bagi gambar lelaki tu. Husna tenung gambar tu.. Husna tak kenal lelaki tu. tapi hensem jugaklah, katanya dalam hati.Husna pun setuju.
.......

"Mak nak Affan kawin dengan pilihan mak.boleh?" Affan tak setuju. Mak Affan pun bagi gambar. Affan tenung gambar tu. Affan dah rasa suka bila tengok gambar gadis comel tu. Mak Affan kata gadis tu lemah lembut. baik. cukup didikan agama. sama macam Affan juga. Affan pun setuju.
......
Affan tak tahu yang dia kena kawin dengan Husna yang pernah dia langgar dulu.
Husna tak tahu yang dia kena kawin dengan Affan yang pernah buat dia jatuh dulu.
.....

Semua dalam perancangan perkahwinan. Seminggu sebelum bernikah, Affan mimpi budak perempuan yang dia langgar 15 tahun dulu. Affan terkejut. Ada kena mengena dengan Husna ke? tanya dalam hati.
.......
Affan dan Husna selamat diijabkabulkan.
---
Masing-masing belum mengungkapkan kata cinta. malu satu. ego pun satu. sebab? terpaksa. Husna dan Affan jalan kan rutin harian seperti biasa. pergi kerja. balik kerja. tapi masing masing jarang bertegur. Ada satu hari tu, Husna pergi taman yang pernah dia pergi masa umurnya 9 tahun dulu. Dalam masa yang sama , Affan pun pergi juga. 
.......
Diorang terserempak. Affan ajak Husna duduk. Husna dan Affan pun bercerita di taman tu. Itulah kali pertama diorang duduk berdua duaan. Affan cakap "Dulu, abang pernah terlanggar budak perempuan masa tengah main basikal. dekat situ haaa *affan tunjuk tempat kejadian*". Husna terkejut. Husna tanya "lepastu abang buat apa?" Affan kata , "abang tolong dia lepastu abang lari sebab takut ayah dia nampak" Husna senyum.
........
Husna mengambil dompet dia dalam beg nya dan mengeluarkan sekeping gambar yang bertahun dia simpan. Husna memberikan gambar tu pada Affan.Affan terkejut."Siapa ni Una?" sengaja bertanya. Husna jawab "First love Una. Budak ni la yang langgar Una." Affan ketawa. Husna senyum bahagia. Mereka meluahkan rasa yang tak pernah mereka luahkan. Mereka pulang dengan berpimpin tangan.
........

Sejak dari tu. Affan mula sedar yang Husna dengannya mempunyai jodoh yang kuat. Mereka meneruskan kehidupan seperti suami isteri yang sebenarnya. Tak macam dulu. 
........
Husna dan Affan hidup bahagia."

Saturday, 1 March 2014

mimpi.

Assalamualaikum

kata orang mimpi tu mainan tidur~

"kau tak payah nak risau sangat, mimpi tu mainan tidur."


semenjak dua menjak ni. selalu mimpi benda yang tak tercapai dek akal. susah nak didefinisikan mimpi tu. tak tahu. mimpi ni petanda baik ke buruk.
okay. macam ni lah~

bayangkan~ kalau kau mimpi orang yang kau kenal tapi kau tak pernah langsung terfikir nak mimpi kan dia. gila kan? macam tu la yang aku kena. 'orang' tu ialah seorang LELAKI. kalau aku boleh kira setiap minggu dua atau tiga hari aku akan mimpikan dia.

bangun dari tidur. cuba nak ingatkan apa yang aku mimpi malam tadi. bila dah dapat ingat. rasa terkejut, terkesima dan sebagainya~

"kalau kita mimpi seseorang bermakna dia rindu kita"

nak rindu apanya? aku tak pernah terfikir langsung pasal dia.. macam mana dia yang boleh muncul. kalau sekali sekala takpe. ni selalu. kerap. sampai..makin lama aku dah jadi suka. dulu bila mimpikan 'dia' mesti terkejut . sekarang, bila aku mimpikan 'dia' bangun tidur je senyum sorang sorang. hahaha

mana tak senyum. kalau setiap kali mimpi. watak dia dalam mimpi tu buat aku rasa jatuh hati. bayngkan.. dia baik, suka tolong orang, berbudi bahasa.. dan kalau nak tahu realitinya pun perangai dia memang macam tu.

aku tak tahu macam mana nak elakkan dari mimpi ni. hahahahahahahaha. susah tau. setiap kali mimpi tu, situasi nya berbeza..

tapi.. sampai bila?

Wednesday, 19 February 2014

Selalulah Berangan angan!

Assalamualaikum..

selalulah berangan-angan...

''ke arah satu perjalanan, 

dalam sebuah kehidupan,
demi untuk mengecapi, 
hasrat murni di dalam hati.

usaha dengan doa,
masanya akan tiba..
dengan restu ilahi
kelak pasti akan ditemui.''


aku selalu berangan angan.. sampai terkadang angan-angan tu melampaui kemampuan diri.. haha kelakar kan? tapi tu la..ustazah cakap tak salah berangan-angan. tapi angan angan yang membina!
bila aku tengok anak anak kawan mak aku. semua bijak pandai. dulu.. mak aku MRSM Taiping. sekarang.. bila dah  ada anak, selalu bercerita pasal anak masing-masing. sampai aku jadi malu. kenapa aku tak pandai macam diorang?

ada sorang kawan mak aku tu. form 5 .. dia ada buat buku. buku bahasa inggeris. "The Prisoner of Sorrow". cara penulisan dia senang nak faham.. jalan cerita best. walaupun sebenarnya aku takde la pandai sangat dalam bi ni. tapi bila baca buku dia, aku faham. best! mesti mak dia bangga dengan dia . tak macam aku.
hmm

rata-rata anak mereka semuanya berpelajaran tinggi. tapi diorang semua tknak menunjukkan diri. susah betul nak jumpa.ahhh nak sangat jadi anak yang macam diorang. anak yang membanggakan.. anak yang menggembirakan..

syukur aku selalu diceritakan dengan cerita-cerita yang boleh menginsafkan dari mak. tak tahulah sekarang selalu dikelilingi dengan orang orang yang baik baik. orang  yang suka menasihati..pengajaran tu betul betul depan mata. lagi seronok bila tengok kawan kawan aku semuanya dah berubah ke arah yang lebih baik.

 ''Apabila dia mendikatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekatiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Monday, 13 January 2014

2014

Assalamualaikum..



''terima kasih sangat-sangat untuk tahun 2013 sebab dah banyak bagi pengalaman, pengajaran yang mematangkan fikiran. nak diikutkan tak banyak dugaan tahun 2013 ni. dah masuk 2014 ni, kau tengoklah sendiri.. aku update pun dah lambat . 13 haribulan baru nak hupdate..''

kalau tengah buat latihan ke nota ke mesti masih asyik tertulis 2013 dekat tarikh nuu.. tak tahu la kenapa. dan bila tulis nama kelas mesti tertulis 2Arif. masih tak sedar yang dah masuk form3 . elehhh, bajet muda ahh tu. blah ahhhh. kalau ikutkan bulan islam , aku da dikira 15 tahun la kan? kalau ikut calendar omputih ni ha belum lagi. bulan 8 nanti baru nak 15 kann..

aktiviti masa cuti memang tak terurus tau. tido ntah pukul berapa, makan tak jaga. kadang-kadang perut rasa pedih punn. ada aku kesah?

bayangkannn..
kalau aku bosan aku makan, bila rasa panas tu lepak depan peti ais. kasi sejuk sikit. ihik ^^ . malam tengok running man. tu pun kalau ada episodenya dekat tv. kalau tak malas aku tengok online je . apa susah? rumah ada wifi unifi enn. internet di hujung jari je. ya allah . show off nya, ingat! tuhan bayar cash nanti! Astaghfirullahalazim.

kalau dalam running man aku paling suka kwangsoo. apa dia? kwangsoo sengal? biul? bengap?  ada aku kesah? hahahah. yeahhhh aku peminat kwangsoo tapi tak sefanatik yag sanggup amik tahu setiap satu aktiviti si ks ni. haaaa, selain minat kwangsoo aku jugak peminat jep sepahtu. tak kenal? ehh! kau google skrang! tipu kalau tak kenal. dia tengah naik sekarang ni.

actually, jep ni ada clon kat sekolah aku. tapi dah habis sekolah dah la. bagi aku memang nampak sama. fifi pun kata sama. muka dia ala ala jep sikit. tu yang buat aku gila bayang tu~ eh eh eh, kwang soo pun ada clon juga. dekat zoo. kau pergi je zoo tu. jumpa la clon dia. alaa, tak dapat tengok real dapat jumpa klon pun jadi la kan~ ala nak tunggu dia datang malaysia. hmmm *walaupun haritu kwangsoo datang malaysia*

first pic of 2014

okay. back to the topic. kalau dah nama pun new year . semua orang ada azam. hahhaa. macam tu jugak tahun tahun sebelum ni. tak tercapai pun azam nya. ye ye je masa awal tahun nekad nak buat itu nak buat ini. hasilnya? yeahh! perancang kita memang hebat, tapi perancangan ALLAH lagi hebat (y). Azam aku simple je. nak jadi anak yang baik,belajar rajin rajin,dan menjadi seorang muslimah sejati. eh? yeke? insyaallah :D doa doa kan la yee ;)

THANKS FOR READING :*

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP