Sunday, 7 July 2013

shopping ;)

Assalamualaikum .

semalam , aku dengan mak aku keluar jalan-jalan dekat jalan tar and masjid india . act , bukan jalan-jalan tapi shopping-shopping . hahaha .

aku ni bukan jenis yang suka simpan duit . kalau ada duit pun mesti cepat habis punya lah ! boleh di katakan boros jugaa la . tapi , idea kawan aku suruh main kutu tuu . tu yang minat tu . kan kalau kita  main duit kutu tu , kawan kita yang pegang duit  kan ? duit tu takde dekat kita , so takdelah kita guna duit tu untuk suka-suka . sebab dia yang pegangkan sampai hujung bulan .

bila dah dapat duit kutu tu , macam dapat gaji kan ? kalau kita dapat gaji mesti mak kita orang yang first sekali kita nak belanja. of course aku nak belanja mak aku ! aku sayang mak aku tau :p hahahah . okay la okay . kiteorang gerak pukul 11.00 pagi , dah dikira lambat tu , sampai dekat LRT PASAR SENI pun dah ramai orang . Masjid Jamek tu dekat je dengan pasar seni , mak kata taknak jalan kaki nanti penat , so naiklah LRT juga . tak sampai berapa saat pun dah sampai :p

 at LRT PASAR SENI
sampai sana je , ramai juga la orang . fuhhh ! rambang mata betul . rasa macam nak beli semua benda dekat situ -.- lepas tu , kiteorang pergi makan dulu dekat RESTORAN INSAF . 24 hengget baq hangg -..- padahal makan sikit je . lepas kiteorang makan , pergi shopping dekat FIRST LADY . cantik-cantik juga la baju dekat sana . beli la dua helai , satu aku , satu mak . ni ha baju nya
kelabu mak punya , purple kite punya :p
kain dia sejuk . best je bila try pakai , baju butik la katakann . lepas dah rambang mata dekat FIRST LADY tu , kiteorang jalan-jalan dekat jalan tar pula . jumpa la satu kedai tu , baju nya ada offer , satu 20 ringgit, kalau beli dua 30 ringgit . beli laa jugakk . satu mak satu aku :p
kite punya warna pink :p
dah lepas pergi beli baju ni , aku sesat -.- . mak hilang entah kemana . aku tak rasa risau sangat laa . sebab dah besar kan , boleh balik sendiri :p . mula-mula ingat nak jalan sorang pergi dekat mydin cari public phone . last-last patah balik try cari mak lagi sekali . haaaaa! jumpa pun ! alhamdulillah . mak kata mak baru nak pergi public . phone ada dekat aku . hahhaa  . aku yang lupa -..- 

cuak jugak masa tu . lepas dah jumpa tu , muka mak aku rilekss je . tak risau sebab anak dia dah besar , pandai cari dia . hahahah . lepas tu , kiteorang jumpa pulak kedai handbang . perghhh , offer lagi !! satu bag RM14 . kita beli dua . fuhhh , penat pilih mana yang cun ! ramai orang tu yang lama tu . last-last , kite decide nak pilih yang ni :
cun tak ? :p
pandai juga mak aku pilih bag yang vouge-vouge . ni pun mak yang pilih kann . aku tak pandai pilih , apa yang aku pilih semua tak lawa >.< .  lepas beli bag . aku jumpa pulak satu baju ni . lawaaa . corak nya macam coreng-coreng tu . ala yang trend zaman sekarang tu . beli satu , harga dia okay . RM20

purple lagi -..-

fuhh! lepas beli baju aku ni , baru la kiteorang gerak nak balik . penat-penat jugakk . tapi happy . tapi , tak sempat cari baju raya . dah rambang sangat matanyaaa . ada la simpanan lagi untuk beli baju raya . kiteorang sampai rumah dalam pukul 5.30 macam tu laa . balik rumah . habis segala otot sakit . sakit tangan , sakit bahu . tapi puas hati :p

thanks sudi baca :*

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP