Thursday, 17 October 2013

cucu-cucu abdul aziz :)

Assalamualaikum ~

harini nak cerita pasal cucu-cucu kepada abdul aziz . dan aku adalah salah satu cucu atuk :) . haihh , da besar-besar da semua cucu atuk ni .

rasanya , ingat lagi kenangan dekat rumah panjang dulu . tempat tu la kitaorang semua berkumpul . walaupun rumah tu dah takde , tapi kenangan tu tetap tersimpan kuat dalam ingatan ni ~ ececehh ayattttt . ptuihh -.-

ingat lagi masa kitaorang main masak-masak sama-sama . tapi guna pasir . lepas tu , aku bijak pandai pergi makan pasir tu . aku pun tak tahu kenapa aku bodoh + bangang gila time tu ~ bila ingat balik rasa nak gelak guling-guling -.-

ingat lagi masa sambut birthday . semua sama-sama .

bila sekarang , berkumpul dekat kampung . kadang tu rumah nenek dekat DM ataupun dekat rumah maklong . rumah aku jarang ~ almaklumlah , rumah da la kecik lepas tu sepah sana sini . kihkihkih xD

sekarang bila semua da matang . bila berkumpul , bahan membahan perlu ada .. kutuk mengutuk wajib ada . tapi , semua tu gurauan semata . ala lawak hambar jee . tapi , yang selalu buat lawak + membahan orang mesti abang wan . dia lah abang long nya . hahahahahahah

abang wan : suka bahan
abang lan : macam budak-budak . tapi lawak dia the best
abang nan : suka merapu .
abang min : buat lawak tak menjadi.
amat : bajet-bajet serious . nak aje aku slap .
merul : kadang2 lawak . bajet handsome
kak syazrin : kuat gelak .
aku : gelak ikut mood tak macam kak syazrin kita ni . gelak memanjang :p
haziq : merepek meraban satu hape pun aku tak tahu -.-
hifzhani : suka nyanyi walaupun dia tahu suara dia sumbang .
hadif : suka gelak bila kiteorang semua da habis gelak . senang cite , loading dia lambat . hahahah xD

kadang tu masa berborak sama-sama , aku pandang muka abang-abang n kakak aku . rasa macam bahagia gila sebab da dapat jumpa semua . dari kecik sampai la ada yang da masuk U bagai .

masa dekat rumah panjang *haziq, hifzhani takde *
baris belakang dari kanan : abang wan , abang lan , abang amin n amat
baris depan dari kanan : abang nan , aku , kak syazrin n merul 

yang pakai spec tu la abang wan . sebelah tu paksu aku :*

yang ni pula abang lan . 

yang belah kiri pakai spec tu abang nan . 

yang ni pula k.syazrin .

*ni semua anak maklong aku *

haaa , yang ni abang aku yang first .

yang ni nama dia azmer aka amat . abang ngah . ecehh

yang belah kanan tu la abang aku yang number 3 *jetjethandsome*
*merul
tak perlu dikenalkan sebab aku tahu korang memang kenal . hahah xD

yang ni haziq .

hifzhani . second last .

dan yang paling kecik . hadif :*

kalau korang perasan , korang boleh tengok gambar masa kecik n bandingkan dengan gambar sekarang . muka berubah sikit je . dan yang paling penting . cucu perempuan abdul aziz ada dua orang je . heheheh . 

nak share gambar sikit je lagi :*

masa ni aku duduk atas peha paksu . tak tahu la macam mana dia boleh
tahan . aku berat pulak tu :3

aku tak tahu kenapa , tapi aku suka gambar ni :*

bergabunggggg .

so sampai sini je la cerita nya :*

Thursday, 19 September 2013

Kenduri :)

Assalamualaikum..

ahad yang lepas , aku ikut Hanim *cousin* pergi kenduri dekat dengan rumah dia . sebenarnya , aku tak diundang pun :p . tapi , atas paksaan hanim , aku pergi jugaa . betul lah kan ? nama orang yang empunya kenduri tu pun aku tak tahuu . hahah . yang paling best , aku pakai baju hanim . nasib baik sama saiz . almaklumlah , sebelum ni , aku ingat aku lagi besar dari dia . rupanya sama saiz je . hehehe . thanks to hanim :***** . sayang kau ketat ketat . hahahahahah . annoying bhai -..-

takde benda pun nak dicerita kan . macam biasa la , snap gambar , makan nasi kenduri , *merempit satu kampung* eh ? satu kampung ke ? takde la jauh mana sebenarnya . entry harini banyak gambar je..


 nampak tak ? betapa pendek nya aku dengan si baju oren tu :P






 ni masa nak pergi 


Nurul Hanim Bt.Azmi & Nur Hazirah Bt.Azman  *macam twin kan ?* 
yang sebelah aku tu , nama dia Salina , sepupu hanim

 kalau nak kenal . ni la dia . Nurul Hanim Bt. Azmi . 

 hanim bersama kakak sedaranya yang sangattt menawan kelebu xD
serious gambar ni memang cover ayu gilaa . geli bila tengok hahaha >.<

 masa ni tengah lepak .
 tang selipar tu yang fail

 hari da la tengah panas + hati pun panas heehe . ala-ala retro gitu . jiwa muda tapi hati klasik :p
masa ni tengah meroyan dalam bilik anim . banyak gila gambar yang aku amik
tapi , yang satu ni juga yang aku pilih :p

itu je la cerita harini . bye . Assalamualaikum :)

Thursday, 5 September 2013

Sengsaranyaaaaa~ :(

Assalamualaikum .

Semenjak dua menjak ni rajin betul perut aku meragam . Ntah apa salah aku dekat perut ni pun tak tahu laaaa. Mungkin cik perut ni merajuk sebab aku selalu tak bagi dia makan. Bila cik perut ni da buat hal baru terhegeh hegeh nak pujuk . "padan muka kau hazirah!" kata cik perut kepada tuannya .

Aku rasa da banyak kali kut aku tak pergi sekolah sebab sakit perut . tapi , apa yang aku tulis dekat surat cuti semuanya takde kena mengena dengan perut . nampak tak penipuan nya ? aku rasa tak lama lagi aku akan dilabelkan sebagai "Murid paling kerap sakit" . masalahnya , aku memang sakit . macam mana ? susah juga kan kalau jadi student pbs ni , kalau tak datang memang susah hidup . tadi aku pergi klinik dengan mak aku ,*baru nak pergi* . risau sebab aku asyik sakit perut .

nak tahu aku sakit apa ? jeng jeng jeng !

wa gastrik la derrrr . sebab apa wa gastrik ? sebab aku selalu makan tak ikut time , bila perut tengah kosong , makan pulak masakan pedas , memang meletup la perut kau! tambah pulak amalan minum ais memanjang . memang patut pun kena gastrik! .

bila da kena gastrik ni , mulut mak n ayah aku bising laa . tambah tambah lagi ayah , ayah memang marah juga sebab aku tak jaga diri . beberapa hari yang lepas pulak aku muntah lepas makan . memang kaw kaw kena ceramah .

tapi kan , yang tak bestnya , aku tak boleh makan makanan yang aku suka . macam laksa , benda yang pedas . padahal makanan yang pedas tu la yang paling aku pantang jumpa . terasa macam orang pantang pula ~ tapi , salah aku juga , sebab tak jaga perut sendiri . lepas ni , kena makan ikut time la jawapnya .



Monday, 19 August 2013

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum .

rasanya masih belum lambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya . alaaaaaahaiii , masih dalam bulan syawal kan :3 eh , ada buat puasa 6 takkk ? hahhhhh ?! tak buat ? hihihi rileks laa , aku pun tak buatt . memang setiap tahun pun tak buat *jujur*

raya tahun ni , sangat membosankannnnnn! takde bergambar dengan keluarga , tak beraya banyak tempat . hihihi duit raya pun ciput je yang dapat . saudara mara tengok muka , agak-agak nampak da dewasa tu memang tak bagii . tengok la badan aku pun macam mana xD ..

tahun ni pun tak beraya dengan kawan-kawan . sebenarnya diorang ada buat . tapi tak tahu la nak cakap macam mana . kang salah cakap kang dikatanya fitnah.
ahhhh! lantak laa kan . janji family aku ada . tk mati pun kalau takde kawan :')

nak share gambar sikit .

 rindu sawah padi
 rindu hanim :D sila kembangkan hidung mu hanim :p
 si chubby dan si keding
 aku lagi comel :p hihihi
 tertidur ~ sebab flash camera
ponek den bogambar yo ~ sampai cekak pinggang ni ha ~
with hadif ;)

Friday, 2 August 2013

Kelebihan Perempuan Berbanding Lelaki *MOHON BACA*

Assalamualaikum ..

nak share sikit pasal kelebihan perempuan berbanding lelaki ni . cikgu bagi tazkirah dekat sekolah .


 Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang nya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut , jawab Baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

 Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya . Allah S.W.T. mancatatkan bagi nya setiap hari dengan 1 000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1 000 kejahatan.

 Apabila seseorang perempuan mulai sakit bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya .

Apabila telah lahir anak lalu disusui , maka bagi ibu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

 Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya , darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Dan orang yang takutkan Allah s.w.t. , akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

 Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya , maka pahalanya seperti bersedekah) . Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

 Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daipada suaminya.(1 000 tahun)

 Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan , memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

 Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1 000 lelaki yang soleh.

 Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. , siapakahyang lebih besarhaknya terhadap wanita ?" Jawab Rasulullah "Suaminya" . "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab baginda "Ibunya".

 Apabila ibu bapa mu memanggil engkau , maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

 Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut , burung di udara , malaikat di langit , matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

 Syurga di bawah telapak kaki ibu.

 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab , maka baginya syurga.

 Daripada R.A. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
huiii , penat woiii . copy dari kertas . nak patah jari ni . so , kalau nak copy bgitahu dulu yee . kasi credit sekali tau :p

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP