Saturday, 8 September 2012

Suatu Ketika .

Assalamualaikum ,dengar tajuk macam seram sikit kan ? Takde masa aku nak update cerita seram-seram bagai . Sebenarnya nak cerita pasal aku masa kecik-kecik dulu . Itu sahaja , aku je yang ngada-ngada letak title macam tu . Sebelum ni , mak aku banyak cerita pasal aku masa kecik-kecik dulu . Bila aku dengar mak cerita . Nakal sangat ke aku masa kecik ? Bukan semua budak memang nakal ke masa kecik . Aku tak ingat apa yang aku buat . Kiranya , perangai aku serupa macam jantan . Macam gambar ni :

Minah ala-ala tomboy .
Sumber : Google Image :D

Sebenarnya , cara aku pakai takda la sama macam minah atas ni . Perangai je . Depan makcik-makcik , ye-ye oh je cover malu .Kan aku sorang je perempuan . Macam macam la aku buat . Abang - abang aku pun tak macam aku . <-- Mak aku cakap . Tapi tu masa umur 4 tahun hingga 6 tahun punya perangai . Apa yang mak aku cerita ialah:

Cerita Pertama
Masa tu mak aku kata umur aku lebih kurang 5 tahun kut . Abang aku yang first tu darjah 2 . kan bbudak darjah 2 , mesti ada Colour Pencil kan ? Nak tau apa aku buat ? Aku amik satu pensel warna , lepas tu patahkan mata dia . Then , masukkan dalam telinga . Lebih kurang 4 batang pensel warna punya mata tu aku masukkan dalm telinga . Last-last mak aku dapat tahu . Dia keluarkan sebijik-sebijik dari telinga . Da bawak ke klinik . Takda yang tinggal . Alhamdulillah :)
Cerita Kedua
Masa ni aku tak ingat umur aku berapa . Nak dijadikan cerita . Aku panjang besi kat balkoni/beranda rumah flat aku ni . Aku panjat sampai tempat yang tinggi sikit . Lepas tu aku julurkan kaki kat besi , biar kaki aku terkeluar . Aku pun duduk atas besi tu . Tiba-tiba tak tau macam mana mau turun . Aku diam je . Last-last abang aku yang num berapa ntah yang bgitahu ayah . Ayah aku angkat la aku . Tapi aku rileks saja :D . Cool tak saya ?
Cerita Ketiga
Masa ni aku 6 tahun , Azmerul 7 tahun , Azmer  8 tahun , Azmin 9 tahun . Aku sebut abang je . Adik ada , malas nak sebut . Kiteorang berempat main gusti , memandangka masa tu tangan aku patah dan bersimen , aku boleh main kasar sikit . Main gusti , loncat atas katil besar . Then , abang aku yang first , injured pulak . sebab kat katil tu ada dawai terjulur , dan terkoyak la daging kat kaki abang aku . Semua salah kami berempat .


Cerita Keempat
Masa aku 5 tahun , patah tangan sebab main loncat-loncat dengan adik aku , lepas tu dia tolak aku , tangan aku terkelepet ke belakang . Berbunyi "Praakkkk" . Masa aku 6 tahun pun sama , masa tu aku nak pasang CD , panjat la . Last-last jatuh . Dan jadi benda sama ."Praakkk" lagi :D . Ganas tak ? Sebelum patah tangan tu aku menconteng rumah . Bukan aku sorang je . abang-abang aku 3 orang tu pun sama . Aku suka sangat main watercolour abang aku . Last-last rumah da jadi macam kertas lukisan . Satu rumah berconteng . Kreatif sangat kiteorg ni . Lantak la kan :D

Okay , nampaknya sampai sini je la aku bercerita . Kalau nak diikutkan , memang panjang ceritanya . macam -macam pasal aku . Tapi malas nak taip bebanyak . Okay . Assalamualaikum .


0 comments:

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP