Wednesday, 26 December 2012

25 Fakta Tentang Diri Aku !!

Assalamualaikum , Hello , Vanakam , Konichiwa , Sawadikap ,  Annyonghaseyo .

sekali lagi ye kawan-kawan , aku dilanda kebosanan tahap tsunami punya . hahah . takde idea punya pasal aku pun buat idea dengan cousin aku , Hanim n hakak Syazrin kite ni ha.. taip entry pasal diri kita .

hahah  , jadi.. di bawah ni ade la gambar aku yang comel lote tahap tak boleh nak cakap dah . hhahahah . orang tengok  pun melting . hahah . eh , terpuji diri sendiri .


The only daughter in my family .
Aku tak manja dengan ayah aku . tak rapat dengan ayah aku . *tak tahu kenapa*
Aku suka marah abang dengan adik aku , walaupun diorang takde salah ape-ape .
Kat dalam rumah ni , aku la yang kuat membebel . sampaikan abang aku ejek balik ape yang aku bebelkan .
Kalau datang time senggugut , sanggup masuk bawah kerusi sebab nak tahan sakit punya pasal .
Mulut manis
Selalu harap dapat jumpa kawan lama .. rindu kotttt --'
Malu depan orang yang kite dah lama kenal , tapi jarang jumpa .
Suka budak-budak (baby) .
suka meroyan tak tentu pasal.
Kuat gelak *tak tahu kenapa*
Suka dengar Nenek aku membebel . hahah
berkulit coklat . tak terlalu hitam , tak terlalu putih . senang citer , hitam manis .
Single :)
Suka berangan
Bila bosan mesti bukak peti sejuk
Suka bercakap depan cermin sambil buat muka comel. hahahah . *sad life*
Taksub dekat Big Bang *kpop*
Seorang adik perempuan kepada 3 orang abang dan seorang Kakak kepada 3 orang adik lelaki . terselit aku -.-'
Aku tak suka bila perempuan menggedik dekat abang-abang aku . sebab abang aku ramai peminat .
Aku yang gosok baju sekolah abang-abang dengan adik-adik aku :)
Aku lah jugak yang balutkan buku diorang masa dah nak hantar buku . haishh--'
Aku tak suka bila orang tanya aku ade kakak ke tak .
Ketaksuban pada Kaki Ayam , Punggung Ayam dan Leher Ayam . Jyeahhh !
Bila abang-abang aku bergaduh(bertumbuk) , aku lari tempat lain . kdg-kdg aku tenangkan ...

so , itulah 25 Fakta tentang diri aku . Tapi , banyak sebenarnya , cuma dah lupa ape yg nak ditaip .

Tuesday, 25 December 2012

Dilanda Kebosanan.

Assalamualaikum .

bila dah bosan dengan sendiri nya , muka kite semua akan menjadi blur di depan laptop , komputer , tab , bb dan lain-lain . dan Hazirah pulak , bila bosan mesti masuk bilik air dan tengok muka sendiri dekat cermin sambil senyum macam kambing biri-biri .

sekarang aku taip entry tepat pukul 2:20 pagi . dan , untuk memanfaatkan lagi kebosanan yang melanda , aku pun buat video . edit-edit la . tapi gambar family . sebab aku kire baru nak belajar edit . aku edit guna .. tututututututututututttttttttttttttt . malas nak bagitahu :P

video

ni family belah mak , belah bapak masih dalam proses mengedit . baru kejap tadi abang aku ajar buatkan . tapi dia suruh aku letak nama dia dekat credit to . hahaha . tak letak pun :P . jahat tak ? haha .

so , semoga terhibur bila tengok video yang tak berapa menjadi tu . assalamualaikum :)

Saturday, 8 September 2012

Suatu Ketika .

Assalamualaikum ,dengar tajuk macam seram sikit kan ? Takde masa aku nak update cerita seram-seram bagai . Sebenarnya nak cerita pasal aku masa kecik-kecik dulu . Itu sahaja , aku je yang ngada-ngada letak title macam tu . Sebelum ni , mak aku banyak cerita pasal aku masa kecik-kecik dulu . Bila aku dengar mak cerita . Nakal sangat ke aku masa kecik ? Bukan semua budak memang nakal ke masa kecik . Aku tak ingat apa yang aku buat . Kiranya , perangai aku serupa macam jantan . Macam gambar ni :

Minah ala-ala tomboy .
Sumber : Google Image :D

Sebenarnya , cara aku pakai takda la sama macam minah atas ni . Perangai je . Depan makcik-makcik , ye-ye oh je cover malu .Kan aku sorang je perempuan . Macam macam la aku buat . Abang - abang aku pun tak macam aku . <-- Mak aku cakap . Tapi tu masa umur 4 tahun hingga 6 tahun punya perangai . Apa yang mak aku cerita ialah:

Cerita Pertama
Masa tu mak aku kata umur aku lebih kurang 5 tahun kut . Abang aku yang first tu darjah 2 . kan bbudak darjah 2 , mesti ada Colour Pencil kan ? Nak tau apa aku buat ? Aku amik satu pensel warna , lepas tu patahkan mata dia . Then , masukkan dalam telinga . Lebih kurang 4 batang pensel warna punya mata tu aku masukkan dalm telinga . Last-last mak aku dapat tahu . Dia keluarkan sebijik-sebijik dari telinga . Da bawak ke klinik . Takda yang tinggal . Alhamdulillah :)
Cerita Kedua
Masa ni aku tak ingat umur aku berapa . Nak dijadikan cerita . Aku panjang besi kat balkoni/beranda rumah flat aku ni . Aku panjat sampai tempat yang tinggi sikit . Lepas tu aku julurkan kaki kat besi , biar kaki aku terkeluar . Aku pun duduk atas besi tu . Tiba-tiba tak tau macam mana mau turun . Aku diam je . Last-last abang aku yang num berapa ntah yang bgitahu ayah . Ayah aku angkat la aku . Tapi aku rileks saja :D . Cool tak saya ?
Cerita Ketiga
Masa ni aku 6 tahun , Azmerul 7 tahun , Azmer  8 tahun , Azmin 9 tahun . Aku sebut abang je . Adik ada , malas nak sebut . Kiteorang berempat main gusti , memandangka masa tu tangan aku patah dan bersimen , aku boleh main kasar sikit . Main gusti , loncat atas katil besar . Then , abang aku yang first , injured pulak . sebab kat katil tu ada dawai terjulur , dan terkoyak la daging kat kaki abang aku . Semua salah kami berempat .


Cerita Keempat
Masa aku 5 tahun , patah tangan sebab main loncat-loncat dengan adik aku , lepas tu dia tolak aku , tangan aku terkelepet ke belakang . Berbunyi "Praakkkk" . Masa aku 6 tahun pun sama , masa tu aku nak pasang CD , panjat la . Last-last jatuh . Dan jadi benda sama ."Praakkk" lagi :D . Ganas tak ? Sebelum patah tangan tu aku menconteng rumah . Bukan aku sorang je . abang-abang aku 3 orang tu pun sama . Aku suka sangat main watercolour abang aku . Last-last rumah da jadi macam kertas lukisan . Satu rumah berconteng . Kreatif sangat kiteorg ni . Lantak la kan :D

Okay , nampaknya sampai sini je la aku bercerita . Kalau nak diikutkan , memang panjang ceritanya . macam -macam pasal aku . Tapi malas nak taip bebanyak . Okay . Assalamualaikum .


Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP