Sunday, 22 January 2017

Life Updates

Assalamualaikum.

Setahun tak menaip. Ya Allah rindu rasanya nak bebel panjang panjang. Ada tahun lepas dah siap nak mula cerita dah . Tajuk dia 'Eh dah 2016'. Tapi macam ehh? dah 2017 dah. So, post tu dah didraftkan.Salamelekom jelah

Alhamdulillah dah habis sekolah dan dah lepas exam SPM. Tapi........rindu sekolah. Serious siapa kata mengada memang budu tahap hagemaru. Come on man! I've been in school since standard 1 and now i'm not 'budak sekolah' lagi! Memang rindu lah. Dah kau hari hari ngadap cikgu , kengkawan , makcik kantin , koperasi and so on. Rindu nak belajar pun ye jugak. Nak tenung muka cikgu. Betul lah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah aku selalu cakap Form 5 is the best year and you gonna miss it. Allahu rindu gilaaaaaaaaaaaaaa. Masuk kelas lepak kejap pastu cikgu masuk mengajar pastu rehat pastu balik jalan kaki bersama member tercinta. Koyaknyaaaaaaaaaa >.<

Lepas habis exam ekonomi 30/11/2016 hidup aku memang berubah 360 darjah. Kawan kawan semua dah cari kerja dan ada yg dah start keje pun. Lepastu kau melangut tak tahu bila nak cari . Aku admit tempat tinggal aku memang strategik. Depan rumah brt cuma jalan kaki tak sampai 5 minit. Belakang rumah pyramid yg cuma amik masa 7 minit setengah untuk sampai ke destinasi. Cuma aku tak tahu apa yg aku nak jadi. Member rapat aku keje nya semua jauh nu. Ada yg kat subang parade , ada yg kat empire. diorang sekali dalam 2/3 orang kerja tempat sama. Aku??? Duk umah jaga mak aku jelah.

Mak aku pulak takda halangan. Dia tak kisah sama ada aku nak kerja atau tak. Ayah aku pulak aku tak pasti. Sebab aku belum pernah lagi tanya betul betul aku nak kerja. Mak ada tercakap depan ayah pasal kawan aku kerja. Tapi ayah macam diam. Diam tu mungkin dia tak kisah. Tapi buat masa sekarang tak de pulak dia kata "kakak boleh kerja" dan takde pulak dia kata "kakak tak boleh kerja".

Mungkin ayah lagi okay aku duduk rumah?? ... dan hampir sebulan aku tak keluar rumah . Sebulan beb atau lebih. Rasa macam lebih. Even pergi kedai pun tak weh! Sebab takde apa pun nak beli. Barang semua ada kat umah. Kalau gula ke apa habis adik lelaki aku yg pergi. Dia pakai seluar pendek had bawah lutut pun boleh je keluar. Aku ni? Nak kena tukar baju lengan panjang dulu , sarung sini situ. Tak .. aku bukan mengeluh untuk buat semua tu. Tapi adik aku pun memang offer diri untuk pergi. So aku duduk rumah je lah. Mak aku suh belajar masak. Tapi sampai harini aku tak tahu pun apa yg aku belajar. Rasa cam takde hahahahaha

Aku banyak habis masa layan korean drama , thai drama , pastu kalau nak feeling sikit aku tgk filem hindustan. Saje layan sejak dah banyak masa ni. Tapi antara drama or filem apa aapa keee.. Hindustan win ahhh. Sebab bab leleh air mata memang dorang win. Aku tak tahu idea apa dorang selit boleh menusuk ke dalam jiwa ni. Cuti ni aku dapat layan Mohabbatein , Dil Hai Tumharaa , Kabhi Kushi Kabhi Gham , Kuch Kuch Hota Hai , Muhjse Dosti Karoge and banyak lagi lah . Semua cerita lama and dah pernah tengok dulu masa zaman tak matang. And now bila aku tgk lagi sekali and tgk sengsorang baru aku dapat feel dia. Pastu mula la aku rasa cam APAHAL AKU TAK PERNAH TAHU CERITA NI BEST. Serious shit!
..
Kalau nak sweet sweet sikit aku tgk drama thailand. Kalau thailand ni dia lebih pada drama. Sebab pelakon filem dia sorang pun aku tak kenal. Drama dia best gila gila. Thailand ni lebih pada bersahaja .. Dia ada lawak , ada suspen sikit , pastu of course ada sweet sikit. And pelakon lelaki dia handsome teroxxx. Kalau korea aku suka tgk acting dorang sebab kelakar gak cara lontaran dialog tu hahahah. setakat ni kalau tgk kdrama aku akan tengok hero dgn heroin dia. kalau cam pernah tengok pelakon ni aku akan tgk. Depends ahh

NI APAHAL DAH MACAM JURI PULAK NI

Sementara nak menunggu result spm ni. Ada la jugak bincang bincang pasal nak masuk u mana amik course apa. Mak ayah aku suruh je mohon semua . Cth ; politeknik , kpm , uitm and form 6 also. Tapi form 6 takyah mohon just register je. Aku dah rancang sendiri. Kalau amik form 6 mesti duk rumah ni nanti kang tak belajar pulak sbb macam rileks sgt. kalau duk poli ke apa mesti jauh family. And aku rasa macam BOLEH KE AKU TAHAN??!!. ramai cakap form 6 susah la apa lah??? Masuk mana mana pun susah do. Dia cuma diri kau tu ! Nak belajar ke taknak belajar tu je. Course yg bakal aku amik mungkin Accountantcy?? tapi akaun banyak cabang kan. Aku ada la survey sengsorang. Tapi kalau tak dapat masuk mana mana masuk form 6 je lah... tapi takkan tak dapat memana enn (confident tu penting)

Mak aku ada la jugak bagi cadangan. Taknak jadi cikgu ke? Aku cam ???? Cikgu? Itu tak silap cita cita aku masa sekolah rendah. Tapi bila dah meningkat dewasa ni. Rasa macam tak kena je.. Cikgu biasanya disiplin pastu tak buat keja last minute, Aku ni clumsy , tak disiplin sgt, Boleh keeee??? Tapi Mak aku macam sgt mengharap hmmm kena minta petunjuk ni.

So setelah setahun lebih tak update ni.Ini lah hasilnya. Aku tak tahu apa aku nak cerita. Takpe nnt aku cerita lagi ok bye

Assalamualaikum.



Tuesday, 20 October 2015

Realize or Realise ???

Assalamualaikum

I actually a lil bit confused on how to compare the meanings of realize or realise. Can someone who read this entry explain it to me?

I'm more often use the word "realize" when i wrote my essay in exam. hahaha coz people always use it too.

Hahahaha broken nya rasa. Siapa siapa yang terbaca ayat atas ni tolong betul kan . Saya tak marah. Sungguh! saya sangat menerima pendapat orang lain. Jasa baik anda amat saya hargai dan saya kenang selalu.

Dah! tak payah nak tangkap syahdu sangat.

Dari tadi dok pikir apa la point yg kena mengena dengan realize or realise ni en? ok macam ni ceritanya. Sebenarnya point sebenar aku adalah nak cerita pasal benda yang aku dah lama rasa ada kehadirannya tapi baru sedar. Nampak tak betapa buta nya mata dan hati sampai benda depan mata masih tak nampak?

Aku sampai sekarang umur dah 16 tahun  ni baru sedar yang nama aku rupenya takde gap.Aku ada satu nama je sis. That mean bukan Nur Hazirah bt. Azman tapi , Nurhazirah bt. Azman. Dan yang paling teruk nya masa pt3 dulu semua kertas aku tulis nama jarak. JARAK okay! dan tiba tiba sekarang aku baru tersedar. what?!!
Macam mana aku boleh tersedar? ada perbualan sikit antara mak dan anak perempuannya yg gojes ni.

"eh kak, asal nama kau tu kau tulis berjarak. Dalam surat beranak dgn ic dekat tau!"
"eh ye ke? kenapa kakak tak perasan selama ni?"
"tahun lepas pt3 kau jarakkan jugak?"
"aah la , dah terbiasa"

hahah Mak aku pun patutnya bagi tahu dari awal. Masa upsr pun aku buat jarak. Tapi SPM nanti aku akan buat dekat. Haaaa ! cikgu kelas aku tahun lepas pun ada cakap yg nama tu kena dekat. hahahaha. Tapi benda ni takde jadi isu pun. Tak melibatkan masalah negara pun. Cuma sekadar perkongsian tetang benda yang baru aku sedar.

Itu cerita satu. Tahu tak sekarang ni aku baru tersedar yang aku dah 16 tahun. 16 tahun doe :'). Sebenarnya tadi masa sebelum update ni aku saja saja la baca entry lama yg dah di draftkan. Ya Allah , hambar nya aku dulu sampai tak tahu nak describe macam mana kehambaran aku tu. Aku baca post dari darjah 6, aku cerita pasal family semua tu.

Pastu tetiba aku tersedar yang aku dah 16 tahun. time flies too fast. Sampai kan banyak benda yang patut aku kejar tak terkejar . Dan yang paling sadisnya, aku tak tahu dan tak perasan pun apa yg aku tak terkejar tu.

Cerita seterusnya ni lagi sadis. Sekarang dah 16 tahun pastu pulak dah bulan OKTOBER . oktober weh. Kau sedar tak? kau sedar tak yang tak tahun depan kau calon SPM? wuishhh memang benda ni macam menusuk ke jantung sampai tertembus la rasa dia. Dia macam pedih sikit dekat hati ni.

mungkin aku berat nak tinggalkan kenangan.

Aku pun tersedar yang aku ni kuat membebel , di luar mahupun di sini. kedua duanya balance. Sampai aku sendiri tak sedar yang aku menaip sepanjang ini. fuhhh. banyak benda betul aku tak sedar. Dan sedar tak sedar jugak aku masih lagi menaip dan korang masih lagi membaca sampai tersengih dan rasa macam hambar sikit bila baca ni. rileks cite nak habis dah

Cuma apa yang aku nak cakap. Guna la masa yang ada sebaik-baik mungkin. Pasal aku ni dah banyak sangat sia sia kan masa aku dan aku rasa menyesal sbb tak gunakan nya. Okay geng, Nak tido dulu dah pukul 2.12 . mentang mentang jerebu tak sekolah kau tido lambat ekk

Assalamualaikum .


Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog III' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP